PENGENALAN
TENTANG USANA
Ditubuhkan pada tahun 1992, hari ini USANA Health Sciences merupakan
pengeluar dan pengedar penokok zat yang amat disanjungi. Kejayaan USANA
sebahagian besarnya bergantung kepada pengasas dan pengerusinya iaitu Dr Myron
Wentz.
Dr Myron Wentz.
Pakar dalam bidang Pemeliharaan Sel
Dr Wentz,
seorang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal
antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia
untuk diagnosis penyakit berjangkit. Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada
awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk
diagnostik untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. Ini
menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang
sihat.
Dari Peringkat Mendiagnosis Penyakit ke Tahap
Mewujudkan Kesihatan Optimum
Walaupun berjaya dalam Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan
masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat
nasihat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah
visi dan menukar haluan karier beliau. Memandangkan kedua-dua ibu bapa beliau
meninggal akibat penyakit degeneratif, ahli sains dari North Dakota ini
mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis
penyakit ke bidang mempromosi kesihatan badan.
Mencatat Piawai Kecemerlangan yang Baru
Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang
optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya.
Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi
dan seimbang kepada badan manusia. Beliau juga mendapati zat-zat tersebut
selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biologi yang lemah.
Lantas, Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-cita untuk
membangunkan siri penokok zat yang
seterusnya telah mengubah piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.
Berkongsi Visi Kesihatan
Sekarang,
beribu-ribu orang di merata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga
kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik, dan mereka yakin bahawa
USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk
melahirkan “sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan” telah
mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institute di Baja, Mexico,
iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre
untuk kanak-kanak di Gaba, Uganda.
ALBERT EINSTEIN AWARD
Albert Einstein
Award merupakan satu anugerah yang sangat berprestij terulung di dalam dunia
Sains. Nama anugerah ini sendiri diambil sempena nama saintis lagenda dan
terkenal iaitu Albert Einstein. Disebabkan Dr. Myron Wentz telah menyumbangkan
baktinya yang sangat besar di dalam bidang Sains Kesihatan, Dr. Myron Wentz
telah dianugerahkan Albert Einstein Award. Sejak anugerah ini diwujudkan, hanya
8 orang sahaja yang menerima anugerah ini, Dr. Wentz adalah
seorang daripadanya. Amat membanggakan.
7 PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA TAHU
- Diasaskan pada tahun 1992 oleh Dr Myron Wentz - Seorang pakar mikrobiologi dan
immunologi yang telah memenangi anugerah Albert Einstein. Memegang rekod
menternak sel darah manusia di luar badan manusia selama 40 tahun tanpa sebarang
jangkitan.
- Media Usahawan 2005 menyenaraikan USANA No. 1 di kalangan 45 Syarikat Rangkaian Paling Top
- Produk USANA tersenarai di dalam Master Index of Medical Specialties (MIMS)iaitu buku rujukan doktor dalam memberi ubat kepada pesakit. Tiada produk syarikat MLM/Network Marketing lain tersenarai
- Usana Essenstials 6 TAHUN BERTURUT-TURUT MENANG 'The Brandlaureate SME s Award' BAGI KATEGORI Best Brand Advance Nutritional Product in Wellness sejak Usana menembusi pasaran Malysia semenjak 2007 sehinggalah sekarang 2012
- Produk Multivitamin USANA telah memenangi tempat #1 di dalam buku'Comparative Guides to Nutritional Supplements' di semua edisi (edisi 1 sehingga edisi 4).
- Produk disahkan halal oleh IFANCA (Islamic Food and Nutritional Council of America) dan produk USANA mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Produk-produk USANA tidak mengandungi bahan kimia, dadah dan PARABEN (penyebab KANSER) dan produknya banyak membantu pesakit seperti diabetes(kencing manis), gout, darah tinggi, kanser dan lain-lain serta mempunyai testimoni - testimoni di seluruh negara